Kerjaya televisyen Muhammad_Azmir_Selamat

AG mula diberi kepercayaan untuk mengacarakan program televisyen Hot TV pada tahun 2008. Setahun selepas itu beliau menyertai program Malaysia Hari Ini secara sambilan selama setahun[4]. Kemunculannya di kaca TV betul-betul meraih perhatian pada 2010, beliau menyertai program bual bicara pagi hujung minggu Nasi Lemak Kopi O di TV9 sebagai perantara bersama Luqman Hakim Malik[5]. Pada tahun 2012 pula AG diberi kepercayaan untuk mengendalikan program bual bicara automotif bersama selebriti menerusi program Jom Ronda selama beberapa musim.

Pada tahun 2013, beliau mula mengemudikan program hiburan terkenal Muzik Muzik bersama pelakon dan pelawak Scha Al-Yahya selama dua musim, sebelum Scha meninggalkan program itu dan diganti oleh Farah Fauzana bermula 2015[6]. Menerusi program mingguan ini juga AG diberi kepercayaan untuk mengacarakan majlis anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu sejak edisi ke 28. Pada tahun 2015 juga, AG diberi kepercayaan buat pertama kali mengacarakan majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 bersama pelawak Sherry Alhadad dan Amy Mastura[7]. Di majlis yang sama, AG buat pertama kalinya disenarai pendek sebagai calon Pengacara TV Lelaki Popular (ABPBH) sekaligus bertanding bersama nama-nama besar seperti AC Mizal, Awal Ashaari dan Aznil Nawawi.